Sunday, March 24, 2013

Biggest regret

Senyum dalam duka. Ketawa dalam tangisan.. Pernah tak anda alami situasi tu? Pernah tak rasa sangat sesak. Terlalu banyak benda yang berlaku. Terlalu banyak benda nak dihadam. Yang kalau boleh, anda rasa macam nak putar balik masa. Nak ubah balik apa yang pernah terjadi. But very sadly its all just a wish. Because you know, you never have that superpower to change back times. :'(

It have been seven days. Yet i still dont know how to deal with it. Betul la apa yang orang cakap. Terlajak perahu boleh undur tapi terlajak kata, buruk padahnya. Here i am crying like a lunatic in my room alone. Like a complete idiot!

Sunday, February 24, 2013

Taqlid buta....Jauhilah.

Heyaa semuaaa. Opppss. hehe. Asalamualaikum dan selamat pagi, petang atau malam (bergantung pada masa anda baca entry ini. haha). Sebab da lama sgt tak menaip, rsa awkward pulak ye. Anyhow, nak cerita pasal satu perbualan yang sya pernah terdengar between 2 guys yg sya knal msa BTN dlu? BTN??!! lamanyaa... knpa bru nk upload? hoho. sbnarnya, msa tgh borink2, almaklumlah, cuti kann...hehe.. afi tringatkan si acap ni. nama penuhnya Ashraf Omar. acap ni sekolah dia dekat ngn rumah kat Baling, Kedah. Dia byk tlg afi cari kwn sepermainan dulu. Baik orangnya.  hehe.

Berbalik kepada perbualan si acap dan lagi seorang lelaki ni. watak yg kedua ni chinese guy. tapii. sy...er..trlpa nma dia lah. soriiii sgt3.. jadi, sehingga saya dapat mr'recall' nama Mr Chinese guy ni, lets call him Mr C. Masa perbualan ni, kami ada di dewan makan. Tengah lunch. Mr C ada depan saya dan acap sebelah Mr C.

Mr C: Kenapa awak makan pkai tangan? tak pkai sudu eh?
Acap Omar : Sebab ada kajian yang cakap bila makan pkai tangan, dia ada sejenis enzim yang akan bantu pencernaan
Mr C : Yakah?? *dengan muka dan nada suara tak percaya* klo macam tu, sy nk cuba makan pkai tangan je lah hari ni.

Hmm, pendek ja potongan perbualan ni.Tujuan entry ni bukanlah nak memperkenalkan jejaka2 hensem 2 org nih. Atau pun menceritakan peristiwa di BTN. Tapi saya nak tanya readers semua... ada tak anda pernah terfikir kenapa kita buat sesuatu benda tersebut. Contohnya, kenapa kita makan menggunakan tangan? Kenapa tak pkai sudu? Atau Chopstick? Kenapa bila nak makan/minum kita kna duduk? Tak boleh berdiri ka?

Kalo ditanya pada budak2 (di bawah umur 12 tahun), msti jawapan mereka...
*sebab mak bapak suruh
*tah tahu. cuma ikut apa orang keliling buat
*sebab nabi suruh (utk soalan psl mkn/minum berdiri)

Readers pulak?? macam mana dengan jawapan readers semua? Kenapa eh? Hmmmm... Jom, kita duduk sejenak dan berfikir.



Afi harap jawapan readers bukan lah "entah", "tak tahu", "tak pernah terfikir pun". Sebab afi yakin dan afi tahu readers adalah orang intelek yang mampu berfikir secara kreatif, kritis dan matang. (cewahh, ayat gempak. hahaha).

Pernah tak dengar istilah taqlid buta? Mungkin ada yang pernah tapi dah tak ingat pasal istilah ni. Istilah ini dr segi agama Islam. Kalau afi tak silap, istilah ini ada disentuh dalam subjek pendidikan Islam. Cuma, afi tak pasti sama ada di Tingkatan 4 atau 5. Dalam bahagian tokoh2. :) Secara simplenya, taqlid buta ni bermaksud mengikuti sesuatu secara membuta tuli. Tanpa mengambil kira fakta atau auta.  Mungkin readers boleh google untuk tahu lebih banyak pasal istilah taqlid buta.

Orang yang mengikut sesuatu benda tanpa mengetahui sesuatu sebab atau tujuan itu diibaratkan taqlid buta. Tapi readers semua bukan jenis ni kann? Masing2 tahu diri masing2. Kalo ye, jom kita ubah. Sebab its better late than never. Its not wrong to not know but its wrong to not want to know.

Afi pun ada nak share sepotong ayat al-Quran yang bersesuaian dengan taqlid buta ni.

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36). 

Entry kali ini, tidak lah panjang mana. Sekadar coretan tentang apa yang afi fikirkan. Jika readers rasa apa yang afi tulis ini baik, amalkan. Jika tidak, lupakan. Tiada kurangnya pada diri Afi. Cuma harapan afi, readers dapat rasa apa yang afi rasa ketika afi dengar perbualan di atas. Perasaan seperti banyak lagi yang tidak kita ketahui. banyak yang perlu dipelajari. Pentingnya kita mengetahui sesuatu bnda itu. Jangan sekadar mengikuti....Jangan sekadar menjadi stereotype masyarakat. 

Semoga berjumpa lagi di entry seterusnya. Assalamualaikum. :)


Sunday, December 30, 2012

Tahun baru. Azam baru


Saya nak kurus! Saya nak berhenti merokok! Saya nak berjaya dalam pelajaran! Saya nak jadi anak yang soleh / solehah! Saya nak jadi baik! 

Tiap2 tahun macam tu lah azam2 orang sekarang ni.  Ada juga yang azamnya sudah melangkah ke hadapan. Almaklumlah, hidup dah berkeluarga. Ada yang ingin menjadi suami mithali. Ada yang berazam bagi menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anaknya. Tak kurang juga azam nak cari calon isteri kedua. =.=

Tiap2 tahun, kita memperbaharui azam kita. Iye. Tahun baru. Azam pun baru. Tapi tak kurang juga yang hanya ‘renew’ azam tahun lepas kerana tak dapat nak menunaikannya.  Tak kisah la. Sama ada  kita cuma renew azam tahun lepas atau pun kita mempunyai azam baru. Yang penting kita cuba, eh eh bukan cuba, tapi kita kena betul2 berusaha untuk merealisasikan azam tersebut.

Afi nak share satu nasihat yang afi dengar di radio ikim dua hari lepas. Pasal azam. Dan macam mana kita nak pastikan kita ada progress dalam proses kita nak merealisasikan azam kita. Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap “Alah, azam tahun baru. Cliché gila..” “Amboi, nak jadi orang baik la, dengar nasihat sikit nak share kat blog. Gaya bajet jaa..” Tak kisah la apa yang terdetik di hati pembaca blog saya ni. Yang penting niat saya nak share. Kalau ada manfaatnya, ambil lah. Saya tak untung atau rugi sesen pun J

Untuk berazam, yang pertama kita kena pastikan azam kita tu ada ukuran tersendiri. Tanpa kayu pengukur, macam mana kita nak tahu pencapaian kita. Betul tak? Untuk dapat ukuran itu, kita kena tengok balik azam kita.  Spesifikasi kan azam kita balik kalau perlu.

Senario pertama, saya nak jadi baik! Okey, baik itu apa ukurannya? Kecilkan skop anda. Nak jadi baik dengan cara jaga solat, contohnya. Okey, macam mana nak jaga solat? Pastikan solat cukup 5 waktu? Belajar memahami bacaan dalam solat? Solat pada awal waktu? Jika diperhati, untuk menjadi baik itu luas skopnya. Kecilkan. Lebih mudah kita nak capai azam kita dengan cara mengecilkan skop kita.

Senario kedua, saya nak berjaya dalam pelajaran! Apa ukuran berjaya dalam pelajaran? Nak dapat 5A dalam UPSR? Nak dapat 8A dalam PMR? Tempat pertama dalam setiap ujian/peperiksaan? Hmm, apa kata kita kecilkan lagi skop ni. Contohnya, setiap ujian, kena dapat markah minima yang tertentu. (contohnya 75 ke atas) Macam mana nak dapat markah minima ini? Ha! Kena tahu juga topik mana yang nak kena fahami betul2.  Formula mana yang perlu diingati. Berapa banyak latih tubi kena buat sehari? Berapa jam masa yang kena peruntukan untuk study?

Senario ketiga, tentunya paling common among girls, saya nak kurus! Kurus macam mana tu? Berapa saiz baju yang jadi idaman? Berapa kilo nak diturunkan? Aktiviti apa yang dirancang untuk kuruskan badan? Contonya, jogging 30 minit setiap petang di taman rekreasi. Pergi gym 2 jam setiap minggu. Kuantiti makan kena kurangkan banyak mana? Apa menu makanan setiap hari?

Setiap azam yang kita buat, kena kecilkan. Bagi mudah nak ukur. Azam yang umum dan tidak spesifik lebih cenderung untuk gagal dilaksanakan. Mungkin sebab azam itu kedengaran terlalu susah nak dibuat, akhirnya terus dilupakan azam tu.

Bila dah ada azam yang ada ukuran, kita kena ada tempoh masa. Penting sangat ke tempoh masa ni? Tentulah penting. Bayangkan jika kita berazam untuk kuruskan badan, tapi sebab taka da tempoh masa, kita akan buat sambil lewa saja. Buat bena tak bena. Iye lah… masa kan masih panjang. Esok ada lagi. Last2, tahun depan, ‘renew’ lagi azam yang sama. Sebab tu lah kena ada tempoh masa. Saya berazam nak turun 5 kilo dalam masa dua bulan! Saya berazam nak solat awal waktu tak pernah miss dalam masa sebulan! Saya nak ‘master’ topik vector dalam Add maths dalam masa 3 minggu! Bila dah ada had masa, kita tak akan tertangguh. Tapi kena make sure masa tu relevan la. Tak kan la nak kuruskan 5 kilo dalam maa sehari? Kena la relevan pada kemampuan diri sendiri.  

Dah berazam? Dah spesifikkan azam? Dah letak had tempoh masa? Sudah. Sudah dan sudah. Sekarang ni, kita kena selalu pantau. Letak dalam diary. Tak pun buat alarm dalam telefon tu. Tiap2 dua bulan ka, ukur balik pencapaian kita. Muhasabah balik. Berjaya ke tak. Kalau berjaya, Alhamdulilah. Teruskan usaha. Dan jika mampu, lipat gandakan usaha anda untuk dapat yang lebih baik. Kalau belum berjaya, jangan sedih. Jangan bakar planner yang tertulis azam anda pulak. Selalunya, jika tak berjaya, mesti ada sesuatu kekurangan dalam perancangan kita tu. No one is planning to fail. But those who fail to plan are actually planning to fail. Tengok balik mana kekurangan tu. Ubah lah. Tetapi jangan sesekali putus harapan.

"….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesunnguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." (Surah Yusuf Ayat 87)

"Dia (Ibrahim) berkata, “Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat."(Surah Al-Hijr Ayat 56)


Untuk berjaya dalam apa jua destinasi kita, kita kena sentiasa ada dinding. Mendaki tangga yang tidak disandarkan kepada dinding hanya akan membuat kita jatuh. Dan kejatuhan kita itu akan lebih perit dan sakit. Eh, dinding apa yang afi maksudkan ni? Dinding ini merujuk kepada agama. Hal ini kerana ramai orang yang berjaya mendaki tangga sehingga puncak, tetapi lepas tu baru sedar tangga itu tidak disandarkan kepada dinding yang kukuh. Yang utuh. Dan akhirnya mereka jatuh. Jatuh ke tempat yang lebih rendah dari permulaan tadi. So, jangan lupa agama sepanjang hidup kita. Islam itu Addin. Islam itu cara hidup. 

Rasanya, sampai sini dahulu entry blog kali ni, afi sekadar berniat untuk berkongsi ilmu yang diperoleh. Boleh la berkongsi manfaat bersama2. J Majukanlah diri anda untuk agama, bangsa dan negara. Hmm, dah penat2 baca ni, jangan lupa nak tinggalkan pesan / komen, ye. Mana tahu ada apa2 untuk diperbetulkan. Semoga berjumpa lagi pada entry seterusnya. Assalamualaikum wbt 



Thursday, December 27, 2012

A Tour around Alor Setar


23 Disember 2012


Hari ni mak su datang, yeay! First time mak su naik Kedah. Ayah mak su ada kerja kat Jitra. Jadi mak su pun datang la sekali. Lagi pun pak su kat Iraq sekarang ni. Outstation. Dah almost 2 bulan dah. Haish, engineer mmg cm ni kan? Pak ngah pun sama gak. Hari tu pak ngah outstation sebulan lebih. Kat Ireland, kalo tak silap. Pak su tu baru bina kerjaya, banyak sikit kerjanya. Tahun lepas pun pak su beraya kat pelantar minyak. HAHAHA. Sian pak su. Kesian jugak mak su sebab dapat hubby yang workaholic.

Back to our hangout with mak su and her mother. We all plan nak gi menara alor setar, rumah kelahiran Tun Dr Mahathir n Pekan Rabu. Tapi, adik kepada mak mak su (berbelit dak? Haha) meninggal pagi tu. So, berkejaran lah jugak pergi Shahab Perdana nak beli tiket balik Johor. Tanya dok tanya sana sini, tak dak gak. Iya lah, tenggah cuti la katakana. Penuh lah tiket bas tu. Sampai kol ke MAS nak tanya psl tiket. Tapi kalo blh, nenek (refer kepada mak mak su ye) tak nak naik flight, ye lah, susah nanti orang nak dating menjemput. Kalo naik bas tu, dekat sikit. Katanyanya stesen bas dekat ngn rumah nak dituju. Luckily, ada satu rejected ticket ke Johor tp pkol 10.30 mlm nnt la.

Satu benda yang paling aku respek ngan keluarga mak su ni, dorang memang ikut cakap suami. Nenek telefon Atok (ayah mak su) tanya patut tak balik. Mintak kebenaran dlu. Nenek siap cakap, dia sanggup tak blik kalo nyusahkan suaminya nanti. Tapi atok sruh blik jgk. Iyelah, takkan tak blik ble adik meninggal. Nanti apalah kata orang2 kampung. Banyak bgusnya nenek blik johor ni. Saya tanya mak su, mak su tak balik ke. Mak su kata mak su tak Tanya pak su lagi. Lagi pun, susah nak naik bas ngan Husna ni.

tour tmpat2 yang dah di’plan’kan tu…amboi teruknya bahasa. Lepas jln2 ke kawasan yang dirancangkan, bawalah mak su dan nenek ke rumah. Macam2 benda yang disembangkan. Sebenarnya, mak su dan pak su are my most favourite uncle and aunties ever. They are like the Addin and Benz in AaBb. My idola. My role model. Dan saya senang berbicara dgn mereka.
Hmm, mostly topic kami ni pasal kisah cikgu. Dan saya yakin semua orang yang merupakan anak cikgu rata2 akan setuju dengan apa yang kami bicarakan. Mungkin dalam next entry…or next next entry saya akan cakap pasal kisah guru…. Hmm. Depends on mood and time. And place also. Mana lah tahu. Tetibe bilik saya takda elektrik macam semalam. L

Hmm, dah bawak mak su gi makan laksa teluk kechai. Dekat area kuala kedah. Sedap tauuu. Murah lagi. Kalau org KL datang, mesti excited pasal harga laksa ni. Mak su pun dah cuba nasi lemak royale dekat area anak bukit. Itu pun not bad. Antara tempat makan yang saya akan rekemenkan kepada pengunjung yang datang ke Alor Setar.

#Asyraf ada cakap, posting what happen on that day makes the blog appear as diary. But for me, I post what happen that day that can give me nasihat dan renungan. Sebab sometimes we just have to stand still and take a step back to look around you. Then you start to realise that even the smallest thing in our daily life can teach us a very big lesson.
That’s all for now. Salam sayang dari afi. Peacee. 

Minat.Kerja.


Bekerja dengan benda yang kita suka versus bekerja dengan benda yang kita tak suka! Atau dengan bahasa yang lagi senang, kerja yang kita minat versus kerja yang kita tak minat. Hmm, topic ni agak ke ‘future’ utk budak lepasan PMR dan SPM. Tapi kalau nak diikutkan, planning for the future start early. You don’t wait until you already outside then you plan. Start when you are in the doorstep! Better yet before.  Itu yang afi sbg kakak yang mithali la sgt ni selalu cakap kat farhan n sepupu afi yang lain. If ada sepupu yang datang tanya nasihat, I’m more than happy to help them. J

People say, for a long term, you wont find happiness if you are forcing yourself -either you realise it or not- to work in the field you are now standing in. You will slowly, yes very slowly become empty.  Closer to feel the emptiness in your heart yet your very own soul. However once you put interest in it, you will start to enjoy the life that comes with the carrier. Yes, life! You will enjoy it all. Tapi macam mana dengan minat? Macam mana nak develop? Tak susah. For me, its a bit of here and there. You can. Just need a bit of effort and a little push.

Okey, back to the versus issue. Minat. Since small, I always look up upon the doctor carrier. Even when I was told that the carrier is not worth it. Even when my uncle i adore very much against my choice. But I still want it. Though, truth to be told, I did consider being an accountant and lecturer when I'm in form 5, but later I rejected it.  Hmm, mungkin sebab abah pernah ada issue slip disk yang buat afi nak menyarung kot putih dan stetoskop di leher saya.  Or maybe I never had any desire to other carrier. Or maybe it’s all due to hand of fate. Iyelah, kalau saya teruskan jugak dengan kerja accountant tu, tak dapatlah nk jumpa ngn si dia. tak dapat berjumpa 25 ragam manusia yang unik. so, Alhamdulilah. Bersyukurlah dengan apa yang diperoleh. 

Masa mak cik ajak kerja sambilan mengajar subjek biology, memang la ada terlintas nak cakap “ya, saya nak” tapi last2 afi tolak jugak. Iye lah, with only SPM qualification and AS result, mampu ka afi? Afi tak nak lah tutor orang ke arah yang salah. My ‘students’ tu mestilah someone like Azfar yang eager to know more than text book. Yang nak tahu semua, x kisah la dari sekecil2 atom sampai lah ke sebesar2 alam. Ilmu afi tak cukup banyak lagi. Afi perlu timba banyak ilmu lagi. Takpa lah, afi rasa afi lagi layak jaga Abdullah ‘twelve’. Mungkin ada yang anggap afi tak reti nak ambil peluang, tapi afi yakin ini yang terbaik. InsyaAllah. J

This could be me. Why not?


P/s: tlg doakan afi ye. Afi nak kerja kat rumah anak yatim kat area masjid al-bukhary. dpt tlg jd tutor pun takpelah. harap dipermudahkan cara. :)