Heyaa semuaaa. Opppss. hehe. Asalamualaikum dan selamat pagi, petang atau malam (bergantung pada masa anda baca entry ini. haha). Sebab da lama sgt tak menaip, rsa awkward pulak ye. Anyhow, nak cerita pasal satu perbualan yang sya pernah terdengar between 2 guys yg sya knal msa BTN dlu? BTN??!! lamanyaa... knpa bru nk upload? hoho. sbnarnya, msa tgh borink2, almaklumlah, cuti kann...hehe.. afi tringatkan si acap ni. nama penuhnya Ashraf Omar. acap ni sekolah dia dekat ngn rumah kat Baling, Kedah. Dia byk tlg afi cari kwn sepermainan dulu. Baik orangnya. hehe.
Berbalik kepada perbualan si acap dan lagi seorang lelaki ni. watak yg kedua ni chinese guy. tapii. sy...er..trlpa nma dia lah. soriiii sgt3.. jadi, sehingga saya dapat mr'recall' nama Mr Chinese guy ni, lets call him Mr C. Masa perbualan ni, kami ada di dewan makan. Tengah lunch. Mr C ada depan saya dan acap sebelah Mr C.
Mr C: Kenapa awak makan pkai tangan? tak pkai sudu eh?
Acap Omar : Sebab ada kajian yang cakap bila makan pkai tangan, dia ada sejenis enzim yang akan bantu pencernaan
Mr C : Yakah?? *dengan muka dan nada suara tak percaya* klo macam tu, sy nk cuba makan pkai tangan je lah hari ni.
Hmm, pendek ja potongan perbualan ni.Tujuan entry ni bukanlah nak memperkenalkan jejaka2 hensem 2 org nih. Atau pun menceritakan peristiwa di BTN. Tapi saya nak tanya readers semua... ada tak anda pernah terfikir kenapa kita buat sesuatu benda tersebut. Contohnya, kenapa kita makan menggunakan tangan? Kenapa tak pkai sudu? Atau Chopstick? Kenapa bila nak makan/minum kita kna duduk? Tak boleh berdiri ka?
Kalo ditanya pada budak2 (di bawah umur 12 tahun), msti jawapan mereka...
*sebab mak bapak suruh
*tah tahu. cuma ikut apa orang keliling buat
*sebab nabi suruh (utk soalan psl mkn/minum berdiri)
Readers pulak?? macam mana dengan jawapan readers semua? Kenapa eh? Hmmmm... Jom, kita duduk sejenak dan berfikir.
Afi harap jawapan readers bukan lah "entah", "tak tahu", "tak pernah terfikir pun". Sebab afi yakin dan afi tahu readers adalah orang intelek yang mampu berfikir secara kreatif, kritis dan matang. (cewahh, ayat gempak. hahaha).
Pernah tak dengar istilah taqlid buta? Mungkin ada yang pernah tapi dah tak ingat pasal istilah ni. Istilah ini dr segi agama Islam. Kalau afi tak silap, istilah ini ada disentuh dalam subjek pendidikan Islam. Cuma, afi tak pasti sama ada di Tingkatan 4 atau 5. Dalam bahagian tokoh2. :) Secara simplenya, taqlid buta ni bermaksud mengikuti sesuatu secara membuta tuli. Tanpa mengambil kira fakta atau auta. Mungkin readers boleh google untuk tahu lebih banyak pasal istilah taqlid buta.
Orang yang mengikut sesuatu benda tanpa mengetahui sesuatu sebab atau tujuan itu diibaratkan taqlid buta. Tapi readers semua bukan jenis ni kann? Masing2 tahu diri masing2. Kalo ye, jom kita ubah. Sebab its better late than never. Its not wrong to not know but its wrong to not want to know.
Afi pun ada nak share sepotong ayat al-Quran yang bersesuaian dengan taqlid buta ni.
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).
Entry kali ini, tidak lah panjang mana. Sekadar coretan tentang apa yang afi fikirkan. Jika readers rasa apa yang afi tulis ini baik, amalkan. Jika tidak, lupakan. Tiada kurangnya pada diri Afi. Cuma harapan afi, readers dapat rasa apa yang afi rasa ketika afi dengar perbualan di atas. Perasaan seperti banyak lagi yang tidak kita ketahui. banyak yang perlu dipelajari. Pentingnya kita mengetahui sesuatu bnda itu. Jangan sekadar mengikuti....Jangan sekadar menjadi stereotype masyarakat.
Semoga berjumpa lagi di entry seterusnya. Assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment