Sunday, December 30, 2012

Tahun baru. Azam baru


Saya nak kurus! Saya nak berhenti merokok! Saya nak berjaya dalam pelajaran! Saya nak jadi anak yang soleh / solehah! Saya nak jadi baik! 

Tiap2 tahun macam tu lah azam2 orang sekarang ni.  Ada juga yang azamnya sudah melangkah ke hadapan. Almaklumlah, hidup dah berkeluarga. Ada yang ingin menjadi suami mithali. Ada yang berazam bagi menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anaknya. Tak kurang juga azam nak cari calon isteri kedua. =.=

Tiap2 tahun, kita memperbaharui azam kita. Iye. Tahun baru. Azam pun baru. Tapi tak kurang juga yang hanya ‘renew’ azam tahun lepas kerana tak dapat nak menunaikannya.  Tak kisah la. Sama ada  kita cuma renew azam tahun lepas atau pun kita mempunyai azam baru. Yang penting kita cuba, eh eh bukan cuba, tapi kita kena betul2 berusaha untuk merealisasikan azam tersebut.

Afi nak share satu nasihat yang afi dengar di radio ikim dua hari lepas. Pasal azam. Dan macam mana kita nak pastikan kita ada progress dalam proses kita nak merealisasikan azam kita. Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap “Alah, azam tahun baru. Cliché gila..” “Amboi, nak jadi orang baik la, dengar nasihat sikit nak share kat blog. Gaya bajet jaa..” Tak kisah la apa yang terdetik di hati pembaca blog saya ni. Yang penting niat saya nak share. Kalau ada manfaatnya, ambil lah. Saya tak untung atau rugi sesen pun J

Untuk berazam, yang pertama kita kena pastikan azam kita tu ada ukuran tersendiri. Tanpa kayu pengukur, macam mana kita nak tahu pencapaian kita. Betul tak? Untuk dapat ukuran itu, kita kena tengok balik azam kita.  Spesifikasi kan azam kita balik kalau perlu.

Senario pertama, saya nak jadi baik! Okey, baik itu apa ukurannya? Kecilkan skop anda. Nak jadi baik dengan cara jaga solat, contohnya. Okey, macam mana nak jaga solat? Pastikan solat cukup 5 waktu? Belajar memahami bacaan dalam solat? Solat pada awal waktu? Jika diperhati, untuk menjadi baik itu luas skopnya. Kecilkan. Lebih mudah kita nak capai azam kita dengan cara mengecilkan skop kita.

Senario kedua, saya nak berjaya dalam pelajaran! Apa ukuran berjaya dalam pelajaran? Nak dapat 5A dalam UPSR? Nak dapat 8A dalam PMR? Tempat pertama dalam setiap ujian/peperiksaan? Hmm, apa kata kita kecilkan lagi skop ni. Contohnya, setiap ujian, kena dapat markah minima yang tertentu. (contohnya 75 ke atas) Macam mana nak dapat markah minima ini? Ha! Kena tahu juga topik mana yang nak kena fahami betul2.  Formula mana yang perlu diingati. Berapa banyak latih tubi kena buat sehari? Berapa jam masa yang kena peruntukan untuk study?

Senario ketiga, tentunya paling common among girls, saya nak kurus! Kurus macam mana tu? Berapa saiz baju yang jadi idaman? Berapa kilo nak diturunkan? Aktiviti apa yang dirancang untuk kuruskan badan? Contonya, jogging 30 minit setiap petang di taman rekreasi. Pergi gym 2 jam setiap minggu. Kuantiti makan kena kurangkan banyak mana? Apa menu makanan setiap hari?

Setiap azam yang kita buat, kena kecilkan. Bagi mudah nak ukur. Azam yang umum dan tidak spesifik lebih cenderung untuk gagal dilaksanakan. Mungkin sebab azam itu kedengaran terlalu susah nak dibuat, akhirnya terus dilupakan azam tu.

Bila dah ada azam yang ada ukuran, kita kena ada tempoh masa. Penting sangat ke tempoh masa ni? Tentulah penting. Bayangkan jika kita berazam untuk kuruskan badan, tapi sebab taka da tempoh masa, kita akan buat sambil lewa saja. Buat bena tak bena. Iye lah… masa kan masih panjang. Esok ada lagi. Last2, tahun depan, ‘renew’ lagi azam yang sama. Sebab tu lah kena ada tempoh masa. Saya berazam nak turun 5 kilo dalam masa dua bulan! Saya berazam nak solat awal waktu tak pernah miss dalam masa sebulan! Saya nak ‘master’ topik vector dalam Add maths dalam masa 3 minggu! Bila dah ada had masa, kita tak akan tertangguh. Tapi kena make sure masa tu relevan la. Tak kan la nak kuruskan 5 kilo dalam maa sehari? Kena la relevan pada kemampuan diri sendiri.  

Dah berazam? Dah spesifikkan azam? Dah letak had tempoh masa? Sudah. Sudah dan sudah. Sekarang ni, kita kena selalu pantau. Letak dalam diary. Tak pun buat alarm dalam telefon tu. Tiap2 dua bulan ka, ukur balik pencapaian kita. Muhasabah balik. Berjaya ke tak. Kalau berjaya, Alhamdulilah. Teruskan usaha. Dan jika mampu, lipat gandakan usaha anda untuk dapat yang lebih baik. Kalau belum berjaya, jangan sedih. Jangan bakar planner yang tertulis azam anda pulak. Selalunya, jika tak berjaya, mesti ada sesuatu kekurangan dalam perancangan kita tu. No one is planning to fail. But those who fail to plan are actually planning to fail. Tengok balik mana kekurangan tu. Ubah lah. Tetapi jangan sesekali putus harapan.

"….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesunnguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." (Surah Yusuf Ayat 87)

"Dia (Ibrahim) berkata, “Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat."(Surah Al-Hijr Ayat 56)


Untuk berjaya dalam apa jua destinasi kita, kita kena sentiasa ada dinding. Mendaki tangga yang tidak disandarkan kepada dinding hanya akan membuat kita jatuh. Dan kejatuhan kita itu akan lebih perit dan sakit. Eh, dinding apa yang afi maksudkan ni? Dinding ini merujuk kepada agama. Hal ini kerana ramai orang yang berjaya mendaki tangga sehingga puncak, tetapi lepas tu baru sedar tangga itu tidak disandarkan kepada dinding yang kukuh. Yang utuh. Dan akhirnya mereka jatuh. Jatuh ke tempat yang lebih rendah dari permulaan tadi. So, jangan lupa agama sepanjang hidup kita. Islam itu Addin. Islam itu cara hidup. 

Rasanya, sampai sini dahulu entry blog kali ni, afi sekadar berniat untuk berkongsi ilmu yang diperoleh. Boleh la berkongsi manfaat bersama2. Majukanlah diri anda untuk agama, bangsa dan negara. Hmm, dah penat2 baca ni, jangan lupa nak tinggalkan pesan / komen, ye. Mana tahu ada apa2 untuk diperbetulkan. Semoga berjumpa lagi pada entry seterusnya. Assalamualaikum wbt 



No comments:

Post a Comment