Thursday, June 13, 2013

ITS 2ND YEAR ANNIVERSARY!!!



Guess what fella???? today is 13 june!!  its OUR 2nd year of anniversary. 2 complete years we know each other. n each day our bond become closer n closer. yea.. lps habis pbl pagi tadi, pakat wish semua org psl this anniversary. siap kiss and hugs lagi... muah muah muah... hahaha. hepi anniversary uolls. :)

honestly, hup till today, im still amazed on the closeness we can be. macam mana kita semua sama2 harungi saat di msu, saat nak exam IELTS, AS dan A2... masa sebelum fly n etc. macam2 halangan yg sama2 hadapi.... ada jugak cubaan masa kat msu... dengan kes bendaharinya ( ehem.. ehem.. sapa ek, bendahari tu :p ) hahha. bila pk blik, we all dah macam masuk pertandingan lari beribu2 meter berpagar ja. sbb byk sgt halangan dia.  tp semua tu kenangan silam yang berbagai rasa. manis, masam, pahit, masin... semua adaa. yes, its true tht we need to take pengajaran of what happenED to face what WILL happen. so, amik lah pengajarannya, yee... apa yg dah berlaku shaped us today, isn't it. :)

i admit, we are close but sometimes i do feel like we are pretending to be close. i repeat again, sometimes ONLY! not all the times. sbb when we all are in one same place, we can talk / laugh/ crack some jokes leisurely.... but there are times where our 'closeness' are tested. tested to know how much we know bout each other. how much we really care for each other. sbb all those thgs yg da berlaku, ada yang menjadi rapat dan ada yang ...... hmm. rsanya, semua org blh make out apa yg hndak diberitahu kan?? in dis entry, im not pointing out anyone's fault or wrong doing. we are a matured boys and girls, we should know what to do and what not to do. sbb semua org tau about a saying; united we strong, separated, we fall....

Anyway, today is a refreshing day to reminisce our memories together. May whatever things will happen in the future will bring us closer and stronger. Semoga perjalanan kita dan persahabatan kita diredhai dan diberkati ALLAH. Amin. :)

Recap of oldies pics that i have in my lappy :-


Masa kuiz kenegaraan
snap wth dr wira
on the last day of exam
gambar masa dinner :3




a snap just before leaving to BTN


FRIM!!!!

yummy, mkn sma2 


sambutan raya ngn k.akma

sebenarnya kan, bila tengok gambar lama, rasa mcm dah mcm2 bnda yg kita hadapi. jatuh bangun dalam erti sebuah persahabatan dan kehidupan. Afi sendiri mengaku afi mengalami masa kejatuhan yg kritikal sepanjang tempohh masa 2 tahun ini tapi, bila tgk gmbar2 ni semua, rsa sangat hepi dan bersyukur sgt2 sbb dikurniakan sahabat2 yg memahami. :) i love you all. this is my saying deep from my heart. <3


Wednesday, May 29, 2013

Cemburu


Aku sangat cemburu. cemburu apabila dua insan bermesra di bawah payung persahabatan kerana Allah. Saat melihat dua sahabat yang akrab yang saling memahami dan melengkapi. Terdetik perasaaan cemburu. Perasaan ingin memiliki. Untuk mempunyai seseorang yang akan mendengar dan sentiasa di sisi. Untuk memiliki sahabat yang mempunyai sixth sense. Yang dapat mengesan kesedihan hatiku ini biarpun aku cuba untuk menyelebungi kesedihan itu. Di saat aku cuba menahan esak tangisku, datang seorang sahabat yang akan menggengam tanganku untuk bersama aku.  Untuk memiliki sahabat yang akan menggengam tanganku dengan erat saat aku mula tremor sehingga perasaan itu hilang.

Sungguh sukar untuk aku mencari teman sebegitu. Bukan kerana kawan sekelilingku tidak baik. Bukan...jauh sekali. Teman2 sekelilingku sangat baik. Tetapi aku tidak pernah terasa untuk meluahkan segalanya kepada mereka. Aku rapat tetapi aku tidak akrab dengan mereka....

Iya, aku sangat komplikated. Aku lebih mudah untuk mendiamkan sesuatu dan menangis sehingga tidur daripada meluahkanya. Aku lebih suka menguruskan sesuatu dengan sendiri. Aku lebih suka bergerak bersendirian.... Tapi ini tidak bermakna aku seorang loner. Tidakk sekali. Kerana aku tahu aku sentiasa ada rakan2 ku di saat aku memerlukan mereka. Cuma membezakannya ialah kesediaan aku untuk membuka mulut dan meluahkan isi hati.

Saat aku sedih atau di saat aku tension dengan pelajaran, aku akan terus telefon mama.... walaupun sekadar bercakap sepatah dua, aku sudah puas hati. :) Walaupun aku tidak dapat berbicara panjang tentang kerisauanku, aku tetap puas hati....Ibarat mendengar suara kekasih hati yang sudah lama tidak bertemu mata. :')

Tetapi di saat aku berasa keseorangan, memerlukan bantuan dan harapan, aku lebih gemar memejamkan mata dan memikirkan DIA. Kerana aku tahu aku tidak akan keseorangan kerana adanya DIA. Saat aku berasa diriku tidak lengkap tanpa teman, aku akan berpaling kepada Allah. Kerana aku tahu aku mampu menghadapi segalanya dengan adanya dia. Aku tidak perlu cemburu atau berasa keseorangan. Sampainya masa nanti, aku akan mempunyai teman yang aku mampu meluahkan segalanya. Teman kerana Allah.


Sunday, March 24, 2013

Biggest regret

Senyum dalam duka. Ketawa dalam tangisan.. Pernah tak anda alami situasi tu? Pernah tak rasa sangat sesak. Terlalu banyak benda yang berlaku. Terlalu banyak benda nak dihadam. Yang kalau boleh, anda rasa macam nak putar balik masa. Nak ubah balik apa yang pernah terjadi. But very sadly its all just a wish. Because you know, you never have that superpower to change back times. :'(

It have been seven days. Yet i still dont know how to deal with it. Betul la apa yang orang cakap. Terlajak perahu boleh undur tapi terlajak kata, buruk padahnya. Here i am crying like a lunatic in my room alone. Like a complete idiot!

Sunday, February 24, 2013

Taqlid buta....Jauhilah.

Heyaa semuaaa. Opppss. hehe. Asalamualaikum dan selamat pagi, petang atau malam (bergantung pada masa anda baca entry ini. haha). Sebab da lama sgt tak menaip, rsa awkward pulak ye. Anyhow, nak cerita pasal satu perbualan yang sya pernah terdengar between 2 guys yg sya knal msa BTN dlu? BTN??!! lamanyaa... knpa bru nk upload? hoho. sbnarnya, msa tgh borink2, almaklumlah, cuti kann...hehe.. afi tringatkan si acap ni. nama penuhnya Ashraf Omar. acap ni sekolah dia dekat ngn rumah kat Baling, Kedah. Dia byk tlg afi cari kwn sepermainan dulu. Baik orangnya.  hehe.

Berbalik kepada perbualan si acap dan lagi seorang lelaki ni. watak yg kedua ni chinese guy. tapii. sy...er..trlpa nma dia lah. soriiii sgt3.. jadi, sehingga saya dapat mr'recall' nama Mr Chinese guy ni, lets call him Mr C. Masa perbualan ni, kami ada di dewan makan. Tengah lunch. Mr C ada depan saya dan acap sebelah Mr C.

Mr C: Kenapa awak makan pkai tangan? tak pkai sudu eh?
Acap Omar : Sebab ada kajian yang cakap bila makan pkai tangan, dia ada sejenis enzim yang akan bantu pencernaan
Mr C : Yakah?? *dengan muka dan nada suara tak percaya* klo macam tu, sy nk cuba makan pkai tangan je lah hari ni.

Hmm, pendek ja potongan perbualan ni.Tujuan entry ni bukanlah nak memperkenalkan jejaka2 hensem 2 org nih. Atau pun menceritakan peristiwa di BTN. Tapi saya nak tanya readers semua... ada tak anda pernah terfikir kenapa kita buat sesuatu benda tersebut. Contohnya, kenapa kita makan menggunakan tangan? Kenapa tak pkai sudu? Atau Chopstick? Kenapa bila nak makan/minum kita kna duduk? Tak boleh berdiri ka?

Kalo ditanya pada budak2 (di bawah umur 12 tahun), msti jawapan mereka...
*sebab mak bapak suruh
*tah tahu. cuma ikut apa orang keliling buat
*sebab nabi suruh (utk soalan psl mkn/minum berdiri)

Readers pulak?? macam mana dengan jawapan readers semua? Kenapa eh? Hmmmm... Jom, kita duduk sejenak dan berfikir.



Afi harap jawapan readers bukan lah "entah", "tak tahu", "tak pernah terfikir pun". Sebab afi yakin dan afi tahu readers adalah orang intelek yang mampu berfikir secara kreatif, kritis dan matang. (cewahh, ayat gempak. hahaha).

Pernah tak dengar istilah taqlid buta? Mungkin ada yang pernah tapi dah tak ingat pasal istilah ni. Istilah ini dr segi agama Islam. Kalau afi tak silap, istilah ini ada disentuh dalam subjek pendidikan Islam. Cuma, afi tak pasti sama ada di Tingkatan 4 atau 5. Dalam bahagian tokoh2. :) Secara simplenya, taqlid buta ni bermaksud mengikuti sesuatu secara membuta tuli. Tanpa mengambil kira fakta atau auta.  Mungkin readers boleh google untuk tahu lebih banyak pasal istilah taqlid buta.

Orang yang mengikut sesuatu benda tanpa mengetahui sesuatu sebab atau tujuan itu diibaratkan taqlid buta. Tapi readers semua bukan jenis ni kann? Masing2 tahu diri masing2. Kalo ye, jom kita ubah. Sebab its better late than never. Its not wrong to not know but its wrong to not want to know.

Afi pun ada nak share sepotong ayat al-Quran yang bersesuaian dengan taqlid buta ni.

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36). 

Entry kali ini, tidak lah panjang mana. Sekadar coretan tentang apa yang afi fikirkan. Jika readers rasa apa yang afi tulis ini baik, amalkan. Jika tidak, lupakan. Tiada kurangnya pada diri Afi. Cuma harapan afi, readers dapat rasa apa yang afi rasa ketika afi dengar perbualan di atas. Perasaan seperti banyak lagi yang tidak kita ketahui. banyak yang perlu dipelajari. Pentingnya kita mengetahui sesuatu bnda itu. Jangan sekadar mengikuti....Jangan sekadar menjadi stereotype masyarakat. 

Semoga berjumpa lagi di entry seterusnya. Assalamualaikum. :)