Wednesday, May 29, 2013

Cemburu


Aku sangat cemburu. cemburu apabila dua insan bermesra di bawah payung persahabatan kerana Allah. Saat melihat dua sahabat yang akrab yang saling memahami dan melengkapi. Terdetik perasaaan cemburu. Perasaan ingin memiliki. Untuk mempunyai seseorang yang akan mendengar dan sentiasa di sisi. Untuk memiliki sahabat yang mempunyai sixth sense. Yang dapat mengesan kesedihan hatiku ini biarpun aku cuba untuk menyelebungi kesedihan itu. Di saat aku cuba menahan esak tangisku, datang seorang sahabat yang akan menggengam tanganku untuk bersama aku.  Untuk memiliki sahabat yang akan menggengam tanganku dengan erat saat aku mula tremor sehingga perasaan itu hilang.

Sungguh sukar untuk aku mencari teman sebegitu. Bukan kerana kawan sekelilingku tidak baik. Bukan...jauh sekali. Teman2 sekelilingku sangat baik. Tetapi aku tidak pernah terasa untuk meluahkan segalanya kepada mereka. Aku rapat tetapi aku tidak akrab dengan mereka....

Iya, aku sangat komplikated. Aku lebih mudah untuk mendiamkan sesuatu dan menangis sehingga tidur daripada meluahkanya. Aku lebih suka menguruskan sesuatu dengan sendiri. Aku lebih suka bergerak bersendirian.... Tapi ini tidak bermakna aku seorang loner. Tidakk sekali. Kerana aku tahu aku sentiasa ada rakan2 ku di saat aku memerlukan mereka. Cuma membezakannya ialah kesediaan aku untuk membuka mulut dan meluahkan isi hati.

Saat aku sedih atau di saat aku tension dengan pelajaran, aku akan terus telefon mama.... walaupun sekadar bercakap sepatah dua, aku sudah puas hati. :) Walaupun aku tidak dapat berbicara panjang tentang kerisauanku, aku tetap puas hati....Ibarat mendengar suara kekasih hati yang sudah lama tidak bertemu mata. :')

Tetapi di saat aku berasa keseorangan, memerlukan bantuan dan harapan, aku lebih gemar memejamkan mata dan memikirkan DIA. Kerana aku tahu aku tidak akan keseorangan kerana adanya DIA. Saat aku berasa diriku tidak lengkap tanpa teman, aku akan berpaling kepada Allah. Kerana aku tahu aku mampu menghadapi segalanya dengan adanya dia. Aku tidak perlu cemburu atau berasa keseorangan. Sampainya masa nanti, aku akan mempunyai teman yang aku mampu meluahkan segalanya. Teman kerana Allah.


No comments:

Post a Comment