Wednesday, December 5, 2012

warkah buat sahabat




Sedar tak sedar setahun setengah sudah berlalu. Perkenalan 26 pasang mata di atas tanah bumi MSU pada 13 Jun 2011 mencorak perjalanan selama setahun setengah menjalani persediaan ke luar negara. Pejam celik pejam celik, bersatu kami menghadapi peperiksaan AS dikuti IELTS dan akhirnya peperiksaan A2. Pelbagai pengalaman pahit manis yang dialami bersama. Suatu pengalaman yang tidak dapat ditukar ganti. Percayalah kalau saya katakan setahun setengah ini lebih banyak mencorak peribadi dan hala tuju hidup saya berbanding semasa berada di Kedah. 

Benarlah kata seorang sahabat baikku, bila kita menapak kaki di luar sana, kita akan jumpa dengan pelbagai jenis orang. Ada yang berkawan secara ikhlas, ada yang sekadar bertujuan untuk mengambil kesempatan, ada yang hanya sekadar kawan pada nama. Ada yang dating sebagai pembawa khabar gembira. Malah ada yang datang  membawa duka dan lara.  Akan tetapi, janganlah risau kerana ada yang ingin dan mahu mengajak kita untuk berubah ke jalan yang lebih baik.  Untuk itu, saya berterima kasih kepada semua atas jasa dan ‘jasa’ yang pernah ditaburkan dalam menjadikan saya seperti sekarang. 

Terima kasih sahabat-sahabatku kerana menjadi pendengar yang setia. Terima kasih sahabat-sahabatku kerana berani menegur dan tetap menerimaku yang serba kekurangan ini seadanya. Terima kasih kerana sanggup meminjamkan bahu ketika saya berduka.Terima kasih kerana sanggup bersengkang mata menjagaku ketika saya jatuh sakit. Terima kasih atas segala gelak tawa yang kita kongsi bersama. Terima kasih atas segala-galanya. 



3 comments:

  1. wahhh "Ada yang dating sebagai pembawa khabar gembira."... dating dating dating hahahahahah :P

    ReplyDelete
  2. amboi...semangat nak mendating gituu ye acap.

    ReplyDelete
  3. Wuuuu.. trime kasih jugak >.<
    ape tacink2 ni afie??? hahaha :P

    ReplyDelete