Hari ni saya nak bercakap pasal sebuah novel yang saya
selalu baca. Yang saya sangat suka. Mungkin sebab saya rasa novel itu sangat rapat
dan sangat dekat dengan saya. Bunyi cm pelik je kan. Huhu. Si Dia pernah tegur
saya. Cakap kenapa saya selalu baca novel tu. Dah lima enam kali saya baca
depan dia. Mungkin sebab tu kot dia tanya.
Bila fikir balik, kenapa eh? Apa yang buat saya rasa rapat sangat dengan
buku tu? Apa speselnya buku Tentang Dhiya tu? Simple! Sebab watak Dhiya Nurlisa
tu seiras saya. Cewahh. Mungkin bunyi cam perasan sikit. Iye lah, sesedap
bicara ja mengaku watak novel tu mcm
diri sniri. Tapi malangnya itu yang saya rasa. hahaha *masuk bakul angkat sendiri*
Apa yang samanya? Sampai saya sanggup masuk bakul ni?? Yang pertama sekali, macam watak Dhiya, saya
percaya ngan prinsip forgive and forget. If someone I care do something wrong,
no matter how bad it was, I will forgive them. But surely I won’t forget. Bunyi
macam kejam kan? Tapi bagi saya, itu modus operandi yang terbaik. Sebab kalau
saya forgive and forget, saya akan betul2 forget it as if there is no we. Like
the word we don’t exist. Sebab itu lah, istilah forgive and forget hanyalah
dibuat pada enemy. Pada orang yang kita nak lupakan. Kerana luka yang terlalu
dalam? Atau munkin kerana hendak move on cause we need to move on. Sebab hidup
ini tetap perlu diteruskan jugak. Wow, I reallyyy sound tragic. huhu
Sebab kedua, saya takut sakit. Sakit secara emosional. Saya
sanggup buat apa sahaja agar saya tak disakiti. Sampai saya terlalu takut ambil
risiko. Saya lebih suka berdiam diri dan berlagak tenang waktu berlaku sesuatu.
Walaupun ada yang menunjukkan muka simpati, saya akan tenangkan muka dan buat2
macam saya tak efek sikit pun. Padahal dalam hati dah gedabak gedebuk hancur
lebur dah nak jadi abu dah pun.
Saya jenis yang akan diamkan
diri kalau saya rasa orang di sisi saya tengah bad mood, or tgh marah ka. Sebab
perasaan kena jerkah sangat menusuk ke hati. Tambah2 kalo ayat2 yg dipakai tu kalah
rasa cabai Melaka ngn blackpepper yang
berat smpai sekilo. Akan terkesan sangat
dalam hati tu. Punya lah saya fobia dengan benda2 ni sampai Si Dia pun dah
marah2 dekat saya. Last2 saya akan tetap elakkan pandangan mata dia, x nak dia
tau mata saya dah berair. Tapi seriesly saya tak tau nak explain perasaan takut
nih. Haishh…dok si dia si dia ja dari tadi. Wonder gak sapa si dia tuhh.. haha.
yelah2 si dia tu asyraf zai! Nak tau
lebih lagi? Hah, jgn harap saya nak ckp. Off-limit kayy. :P
Hahaha.. dah2. Karang cakap pasal Asyraf, memang menyimpang
lah kepala saya. Tak boleh fikir dengan baik dah. Dok asyik teringat je sbb tggh
memendaam rindu la katakann. Ehem2. Jom
kita kembali ke zaman keseriusan balik ye...yang ketiganya, saya tak pandai nak
meluahkan. Akhirnya, jadilah orang selalu memendam rasa.
Apabila kau rasa sedih dan kau tak boleh nak luahkan….benda tu akan jadi suatu perkara yang kau akan ingat sampai bila2. Apabila perkara tu terkumpul dengan perasaan sedih yang lain...kau tau tak, sakit? Dan masa tu, kau menangis macam mana pun, rasa sakit tu takkan kurang.
Hmm, rasanya berdasarkan 3 isi-isi penting di atas, kena
buat conclusion la nih.. hmm, saya punyai satu kelebihan yang saya sendiri
tak suka. Kelebihan yang saya masih
belajar utk kikis dari dalam diri saya. Sedikit perubahan perlu dibuat dan
mungkin saya akan berubah sama ada sekecil2 saiz atom kepada perubahan secara
total. Tetapi, perubahan itu satu perkara yang baik, bukan? Doakanlah saya ye. Thats all for now. See you.
Ehhem -.-
ReplyDelete